ya ALLAH ya TUHANKU yg MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH,
jika rezekiku masih berada atas dilangit maka KAU turunkanlah ia.. jika rezekiku masih berada didalam bumi,maka KAU keluarkanlah... jika rezekiku masih berada jauh dariku,maka KAU dekatkanlah... jika rezekiku masih lambat,maka KAU percepatkanlah.

21 June 2009

Lata Bayu,Baling


Khamis..malam..hubby ajak pi mandi sungai...
dah lama sebenarnya tak berkelah kat sungai..
dah hampir 3 tahun
selepas saya melahirkan Tasha,tak bawak anak2 mandi manda kat air terjun lagi

Pagi jumaat,seawal pukul 8 pagi dah bertolak
beli sarapan utk makan kat sana
mulanya plan nak pergi yg dekat2 dgn rumah ja
tp anak saya asyik ajak ke Lata Bayu
dia pernah pergi bersama rombongan sekolah...cantik katanya
aduhh...hampir sejam baru sampai


kami tiba seawal 9 pg...tak ramai pengunjung lagi...ok la tu..senang cari port yg best...



segar,cantik...belum tercemar lagi..
tak sabar2 dia org nak mandi
Menara utk meninjau pemandangan sekeliling
pejabat urusan...kem2 motivasi kerap di adakan disini
ni port pilihan kami...dok bawah cendawan..
gerai menjual pelbagai peralatan mandi dan makanan ringan
saya tak mandi...




seronoknya dia org...
Tasha dah kecut dah...lama sanagt berendam..
dalam air pun hangpa sempat makan..

Tasha tak mau dari lepas ayahnya..takut dan geli bila kakinya terpijak pasir
weiiii..tu pelampung adik punya la..
seronoknya diaaaaaaaa...

post signature

7 June 2009

Musim Makan Kenduri


Pagi semalam,mengunjungi ekspo keusahawanan kat seberang jaya...
kami sampai pukul 10 lebih,masih banyak gerai yg belum dibuka
pusing2 kejap,terus balik...panas sangat...
sebelum ni kami biasa datang sebelah petang








Sebelah petang,ada 4 jemputan kenduri
Abg pilih untuk ke rumah kawannya di Sik
saya pun rasanya baru 2 kali ke daerah tu(semasa hantar dan ambil anak di summer camp dulu)

menariknya perjalanan ke kampung tu(kg hujung bandar)
setiap kampung ada 'produknya' sendiri
ada yg jual bantal kekabu,warna warni sepanjang jalan....
semua pakat jual bantal...

lepas tu pulak,berderet gerai menjual pelbagai jenis jeruk..







Pukul 3 lebih baru sampai(keluar rumah lepas solat zohor)
tetamu dah tak ramai...ok la tu..tak sibuk sangat...

menu yg best..yg istimewanya keli masak sambal dan gulai batang pisang..kalau kenduri kat pekan/bandar..mana nak dapat gulai batang pisang tu..
dan aiskrim free sebagai desert..






post signature