ya ALLAH ya TUHANKU yg MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH,
jika rezekiku masih berada atas dilangit maka KAU turunkanlah ia.. jika rezekiku masih berada didalam bumi,maka KAU keluarkanlah... jika rezekiku masih berada jauh dariku,maka KAU dekatkanlah... jika rezekiku masih lambat,maka KAU percepatkanlah.

22 February 2011

Recycle



Hanya sumbangan kecil saya
terhadap alam sekitar
dgn menguna semula botol2 yg telah habis isinya...






hanya botol2 kaca saja yg disimpan
boleh isi macam2...

Kita biasanya (termasuk saya)
tidak memikirkan di manakah
sampah sarap kita dibuang
atau apakah yang terjadi kepadanya
sebaik sahaja ia dipungut.
Hakikatnya lori sampah tidak
dapat menghapuskannya begitu sahaja.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad.
Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan
jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah.
Lebih membimbangkan lagi,
kini timbul rungutan tentang pencemaran serta
resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah


Fikir dulu sebelum buang !!

19 February 2011

Lunch @ Puncak Mutiara Cafe


hari ni my beloved hubby
dgn baik ati nya
telah membawa isteri serta anak2 lunch'
kat Puncak Mutiara Cafe

pada anak yg tak dibawa tu
jgn jeles ya...
habis study bln 4 ni
ayah bawak kesana lagi...

budak2 ni mmg sawan bergambar










acara berposing sebelum
makanan yg diorder tiba



antara tempat makan...

buku menu punya la tebal

rambang mata nak pilih la tu...

dikelilingi suasana hijau
dan angin bertiup nyaman..

chocolate shake-RM 5.50




besarnya ABC-RM 5.80
banana split -RM 9.80
Tasha melihatnya dgn muka
yg tak sabar nak makan
terpaksa menghabiskan ABC dan air kelapa...

Nasi briyani ayam-RM 14.70
Briyani gulai ayam kampung-RM14.70
menikmati love boat sampai meleleh2...


cendawan goreng




pernah keluar kat paper

klik sini




14 February 2011

Kek Sarang Semut


Kek sarang semut
a.k.a gula hangus

gambar diambil jam 12 mlm semalam
masih berasap...


pagi ni baru dipotong

saya suka part yg berkilat mcm plastik
bahagian tgh tu


Bahan2:


1 1/2 cawan gula (resepi asalnya 2 cwn)
tp saya kurangkan manis

2 cawan air panas

2 cawan tepung gandum

2 cawan susu pekat

2 sudu teh soda bikarbonat

8 biji telur

4 sudu teh mentega


caranya tersangatlah mudah dan simple

1-panaskan/cairkan gula sampai jadi perang
dah cair,masukkan air panas
kacau sampai hilang ketul2 gula tu
kemudian masukkan butter
ketepikan...biarkan sejuk

2-pukul telur sampai kembang
masukkan susu
kemudian masukkan tepung gandum
diikuti soda bikarbonat
jika suka,masukkan vanilla

3-masukkan air gula hangus tadi
kedalam adunan

4-petua supaya sarang semut tu menjadi
perapkan/biarkan adunan dalam acuan
selama 3/4 jam sebelum dibakar atau kukus

saya suka cara kukus
kek lbh lembut,gebu
dan yg penting
kalau 'ghalit'..tak la hangus...

11 February 2011

Pewarna semulajadi


Makanan yg berwarna warni
memang cantik dipandang
menambat selera
mengoda mata

Tapi saya pasti
ramai yg sedia maklum
akan bahaya pewarna tiruan dalam makanan
seperti menyumbang kepada hiperaktiviti
dalam kalangan kanak-kanak;
mungkin turut menyumbang kepada
gangguan visual dan pembelajaran,
kerosakan saraf;
mungkin menjadi penyebab kanser.

Disekeliling kita
berbagai tumbuhan boleh digunakan sebagai pewarna
semulajadi...


Roselle...mengeluarkan warna merah kehitaman
boleh gantikan pewarna merah


pulut kuning..
lebih sedap jika direndam dgn serbuk kunyit
daripada mengunakan pewrana tiruan kuning...

pandan...sapa yg tak kenal
harum dan mengeluarkan warna hijau
sesuai utk semua jenis kuih muih



asin-asin atau cekur manis
selain sedap dimasak lemak bersama keledek
jika ditumbuk atau blend
mengeluarkan warna hijau



pokok/bunga telang
mengeluarkan warna ungu kebiruan
di kelantan....digunakan utk mewarnakan nasi kerabu
masukkannya semasa nasi tgh mendidih




ni daun lemuni
mengeluarkan warna biru kehitaman jugak


nasi daun lemuni






Bunga keembung atau balsam
Buahnya yang matang akan meletup
dan menebarkan biji benih di sekitarnya.
Sesetengah tempat memanggil
nama pokok ini sebagai Pacar Air.

Mengeluarkan warna kuning kemerahan
pucuk yg muda boleh ditumbuk
dan dipakai sebagai inai
(pilih pucuk pokok keembung
yg berbunga merah)
keembung ada beberapa warna
antaranya merah,ungu ,putih...







dragon/pitaya fruit
berbagai warna
sedap dibuat jus
atau dimasukkan kedalam jeli/agar2
tak perlu warna tiruan


7 February 2011

Kulim--Gunung Jerai--Pendang


Semalam,otw hantar my son
balik kolej
suami melencung naik ke Gunung Jerai
jam 3.45 ptg...nak hantar anak masih awal lagi
(dia kena masuk kolej b4 jam 7)

Rasanya lepas kawen
ni kali ke 4 atau 5
saya ke sini
waktu mula2 kawen dulu
datang sini...berkabus...sejuk...

dan setiap kali datang..landskapnya turut berubah..
yg tak berubah..
jalan nak naik ke atas
mcm ular kena palu
nasib baik hanya beberapa kilometer ja




awas...jgn cuba2 turunkan cermin kereta anda
kalau tak mau monyet2 ni melompat masuk...


kaki bangku..
ehhh bangku tak berkaki...
bila duduk..
kena lunjurkan kaki





semua tempat nak berposing depa ni
nasib baik tak panjat tiang signboard tu




walaupun panas smp tak leh buka mata
tp rasa sejuk dgn angin berhembus ..


saya mmg sentiasa jatuh cinta
pada 'rumah' kayu
sejuk ja rasanya

bunga2 tu sama mcm bunga kat baju saya
kalau la hubby habaq awai2 nak ke sini
takkan ku pakai baju kurung..











yg sulung,yg no 2,3 dan puteri bongsu










tangan rasa gatal ja nak petik bunga seri pagi ni


sebahagian dari taman orkid


saya tak tau nama spesis keladi ni

anak saya akan tamat tempoh pengajiannya kat sini
bulan April ni
sekejap ja rasanya setahun kat sini